The leading textbook in Artificial Intelligence. Used in over 1000 universities in 91 countries (over 90% market share) and the 85th most cited publication on Citeseer.
EFT’er Malaysia
Tappin’ Untuk Sukses!
A branch of computer science that studies how to endow computers with capabilities of human intelligence. For example, speech recognition is a problem being worked on by AI scientists.
Emosi & Energi
Kerana emosi adalah energi maka ia boleh menarik apa yang emosi anda lahirkan dari diri anda. Energi dari emosi adalah sama seperti energi yang dikeluarkan oleh pemikiran kita. Kerana ia energi maka ia mempunyai frekuansi dan melahirkan aura pada diri kita. Kerana itu jika anda marah maka emosi marah anda akan melahirkan frekuansi yang berwarna merah. Begitu juga jika anda sedih. (ini kena masuk bab aura nanti).
Ramai orang mengatakan kesukaran mengawal emosi. TETAPI anda kena ingat sebagai manusia emosi adalah fitrah yang Allah berikan pada manusia. Kerana itu manusia tidak mampu untuk tidak mempunyai emosi. (takut jadi robot). Malahan binatang juga mempunyai emosi seperti marah dan kasih sayang kepada keluarga mereka.Emosi hanyalah perasaan anda bukan diri anda. Ingat ia adalah perasaan anda sahaja bukan diri anda. Ia adalah fitrah Allah. Maka ia boleh di lepaskan atau dibiarkan pergi dari diri anda. Anda tidak boleh menahan emosi anda. Jadi apa yang anda perlu belajar adalah bagaimana anda boleh ‘release’ atau ‘let go’ perasaan anda sendiri.Semenjak dari kecil kita mempunyai kemampuan untuk ‘release’ atau let go emosi kita. Kerana itu kita dapati kanak2 akan menanyi atau ketawa untuk mengambarkan emosi pada diri mereka.
Cuba anda perhatikan pada sekumpulan anak2 yang gembira dan ceria ‘ apakah emosi atau feeling yang anda rasakan..? tentu seronok bukan? Inu kerana energi yang mereka release adalah ‘genuine’ dari diri mereka. Tak ada sembunyi2 pun.Tetapi apabila kita dewasa, kita akan mula menahan atau menyembunyikan emosi tersebut di dalam “lubuk hati” kita.Ramai orang terlupa emosi hanya perasaan dan bukan tubuh badan mereka. Kerana itu anda berkata; “ aku rasa sedih sekarang’ atau “ aku betul2 rasa marah nie’. Jadi ramai dari kita menyimpan emosi atau memegang emosi tersebut di dalam tubuh badan mereka sehingga ia menjadi ‘blockage’ atau penyakit di dalam badan kita.Terdapat bukti perubatan terutama dari bidang energy medicine mendapati penyakit seperti migrain, kanser, sakit pinggang dan beberapa lagi adalah di sebabkan pergerakkan energi yang ‘tersumbat’ menyebabkan flow energi terganggu di dalam tubuh badan.
Kerana itu beberapa perubatan alternative energi seperti EFT dapat mengubati penyakit tersebut melalui eneri healing dan sebagainya.Sebenarnya, ramai dari kita masih membawa energi negatif yang ada semenjak kita kecil atau remaja lagi. Dan energi negatif inilah yang banyak menjadi halangan dalam kehidupan kita setiap hari. Emosi ini akan banyak menetukan tindakkan anda dalam kehidupan anda.Frekuansi atau reading energi yang dihasilkan oleh emosi terbahagi kepada 2 iaitu positif dan negatif. Emosi yang paling negatif adalah emosi takut (fear). Sementara emosi positif seperti cinta atau kasih saying (love), bersemangat atau damai (peace) menduduki antara reading emosi positif yang tinggi.Jadi anda mestilah selalu melihat emosi diri anda kerana emosi tersebut banyak menpengaruhi tahap ‘tarikan’ (attraction) kepada apa yang anda inginkan dalam kehidupan anda.Kerana itu terdapat quote mengatakan; “ kerjakan (buat) apa yang anda inginkan@ suka (love), maka duit akan datang kepada anda (anda menarik apa yang anda inginkan
Apakah itu EFT?
Hari ini saya akan perkenalkan kepada anda satu teknik yang telah mendapat sambutan dan telah menjadi ‘fenomena’ dalam dunia perubatan alternatif dan ‘personal transformation’.
Ramai orang telah biasa dengan penggunaaan teknik-teknik minda seperti mindpower,nlp, mind control, subliminal tech dan sebagainya. Dan ramai juga yang telah banyak menggunakan teknik2 minda ini untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan atau cita-citakan.Tetapi saya tidak dapat menafikan terdapat beberapa dari mereka ini juga yang masih gagal untuk mendapatkan matlamat mereka atau mencapai apa yang mereka inginkan walau menggunakan teknik2 yang telah saya sebutkan tadi.
Rakan2 pernah bertanya pada saya kenapa semakin kuat mereka menggunakan teknik2 seperti affirmasi atau visualisasi tetapi semakin kuat mereka ditekan ke belakang atau semakin teruk kondisi yang di alami oleh mereka. Hingga terdapat beberapa dari mereka yang mula hilang kepercayaan tentang penggunaan kekuatan minda untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan.
Malahan seorang rakan terdekat saya yang pernah mengalami kegagalan teruk dan kesempitan kewangan pernah berjumpa saya untuk melahirkan rasa kekecewaan walau saya selalu bercakap dan memberikan tips2 terapi minda untuk membetulkan mindset nya tentang kehidupan.
Katanya, semakin kuat beliau menbuat affirmasi semakin muncul pelbagai masalah yang datang dalam kehidupan beliau dan beliau masih gagal untuk mencapai apa yang beliau affirmasikan setiap hari.
Soalan saya, pernahkah anda atau rakan2 anda mengalami keadaan seperti demikian?Oleh itu hari ini, saya sangat berhasrat untuk berkongsi kepada anda satu rahsia kenapa dan bagaimana anda boleh mencapai apa yang anda inginkan dengan lebih mudah jika anda mengalami keadaan yang sedemikian.
Cuba lihat senario ini…..
Cuba anda bayangkan, minda anda sebagai sebuah bilik yang mempunyai pelbagai barangan yang langsung tidak berguna kepada anda seperti perabut yang telah rosak, barang-barang yang telah buruk dan sampah sarap yang berbau busuk. (negatif) Dan sekarang ini anda ingin mempunyai sebuah bilik (minda) yang sangat bersih dan berbau harum. Apakah yang akan anda lakukan?
Anda tentu perlu membeli atau menukar barangan atau perabut lama tersebut dengan yang baru, menarik dan lebih bersih bukan? Adakah anda akan terus memasukkan perabut2 dan peralatan yang baru terus ke dalam bilik anda?
Sudah tentu tidak kerana anda perlu membuang atau membersihkan terlebih dahulu bilik tersebut dari semua barangan atau perabot yang tidak berguna itu betul ?
Seperti juga di dalam minda anda, anda perlu membersihkan , membuang atau menghapuskan segala kekotoran, kepercayaan2 yang tidak berguna lagi dn sebagainya terlebih dahulu. Tetapi, ramai dari anda yang terus memasukkan perabot2 baru (affirmasi @ visualisasi) tetapi pada masa yang sama masih mengekalkan perabot2 yang lama tersebut di dalam bilik anda…maka, apa yang berlaku?
Jawapannya, anda tidak akan ke mana2 malahan semakin hari anda akan keliru dengan situasi diri anda kerana pemikiran negatif, persepsi salah atau kepercayaan yang tidak berguna itu masih dominan dalam minda anda. Teori Law of Attraction mengatakan anda akan menarik apa yang anda fokus atau dominan dalam pemikiran anda.
Kerana itu, saya ingin memeperkenalkan atau “recommend” secara peeribadi kepada anda untuk mengenali dan mempelajari teknik hebat yang dipanggil EFT atau Emotional Freedom Techniques .
Suatu teknik bagaimana anda “release” atau atau membuang segala kekotoran (negative belief, limiting belief ….) atau kepercayaan negatif yang anda sedang menghuni pemikiran anda.
Sebenarnya, terdapat beberapa kaedah atau method yang boleh digunakan untuk anda melepaskan (release) atau membuang (let go) kepercayaan yang negatif atau emosi negatif yang masih anda bawa di dalam minda dan diri anda. Selain EFT , Sedona Method juga adalah satu kaedah yang sangat berkesan dan telah mendapat kredit dari Guru2 self help seperti Jack Canfield, Joe Vitale, Deepak Copra dan lain-lainnya.
Tetapi, saya hanya akan menyentuh teknik yang amat praktikal dan saintifik yang telah saya amalkan iaitu EFT.
Dibangunkan oleh Gary Craig seorang Stanford Engineer (rujuk www.emofree.com) dengan mengatakan :
“Semua sebab dari emosi negatif adalah akibat dari gangguan sistem energi (tenaga) di dalam tubuh badan manusia” Beliau membangunkan kaedah ini dari kaedah Though Field Therapy (TFT) yang telah dijumpai oleh seorang therapist dan ahli psikologis iaitu Dr. Roger Callahan.Melalui kajian yang telah dibuat, 60% dari mereka yang menggunakan EFT pada kali pertama telah dapat melepaskan (release) emosi negatif dan “merasa sesuatu yang penting telah berubah” pada kesihatan dan kehidupan mereka. Sementara 20% lagi dapat merasa perubahan semakin baik dan terus mempraktiskan kaedah ini untuk mendapatkan manafaat dari method ini. Cuma portion kecil sahaja yang memerlukan terapi dari konsultan atau Master Therapist untuk memulihkan kondisi kehidupan mereka.
Kaedah ini terbukti telah membantu melalui Mind/Body Healing tech yang sangat berguna untuk penyakit fizikal, mental (trauma, fobia- penyakit psikologi), masalah masalah kehidupan seperti kegagalan, kesempitan dan pelbagai lagi testimoni yang telah diperolehi dari pengamalnya di seluruh dunia.
Kaedah ini menggunakan aliran acupuncture dan energy psikologi sebagai asas kepada penggunaannya.
Di Malaysia, kaedah ini masih baru tidak seperti di Barat yang telah menggunakannya dengan sangat meluas sebagai alternatif membaiki kehidupan manusia setiap hari.
Dari:www.amarmahmood.com
Hello world!
Salam Sejahtera dan Salam pengenalan buat semua. Hari ini saya berjaya mendirikan blog ini yang bertujuan untuk menjadi platform kepada satu teknik psikologi energi yang semakin mendapat tempat yang luas di seluruh dunia. Emotional freedom Tech atau EFT ringkasnya. Jadi blog ini akan digunakan untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat dan pengetahuan serta menjadi alat komunikasi dalam menyampaikan pengetahuan ini.
Selamat Berkongsi!
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt ut laoreet dolore magna aliquam erat volutpat. Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat, vel illum dolore eu feugiat nulla facilisis at vero eros et accumsan et iusto odio dignissim qui blandit praesent luptatum zzril delenit augue duis dolore te feugait nulla facilisi.